| New Picture |
 |
| LCMS |
 |
| ThinkQuest |
 |
| EduWebTV |
 |
| Users Online |
Guests Online: 2
No Members Online
Registered Members: 205
Unactivated Members: 81
Newest Member: candy95
|
|
| Welcome |
|
Welcome to Victoria Institution
|
| Mesyuarat Agung PIBG 2010 |
No. Rujukan : VI 04/01/001(22) Tarikh : 17 Februari 2010
Ibu Bapa / Penjaga Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria 55200 Kuala Lumpur
Y.B / Y. Bhg. Tan Sri/Puan sri/Dato'/Datin/tuan/Puan,
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK VICTORIA KALI KE-34 SESI 2010/2011
Dengan hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan kepada Y.B / Y. Bhg. Tan Sri / Puan sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 sesi 2010/2011 pada: Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Warisan, SMK Victoria, Kuala Lumpur.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Yang Di-Pertua 3.2 Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33 3.3 Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2009/2010 3.4 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2009. 3.5 Membahaskan Usul (jika ada) 3.6 Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2010/2011 3.7 Memilih Dua (2) orang Juruaudit Dalaman PIBG Sesi 2010/2011; dan 3.8 Ucapan Penangguhan 4. Y.B / Y. Bhg. Tan Sri / Puan sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan diingatkan bahawa usul yang ingin dikemukakan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat sebelum atau pada 10 Mac 2010. 5. Demikian disampaikan undangan kepada Y.B / Y. Bhg. Tan Sri / Puan sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan. Kehadiran dan keperihatinan Y.B / Y. Bhg. Tan Sri / Puan sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai serta disanjung tinggi. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah, MOHD NASER BIN ISHAKPengetua Setiausaha Kehormat PIBG SMK Victoria, Kuala Lumpur |
| Pertandingan Merentas Desa 2010 |
Rujukan Kami : VI.07/02( ) Tarikh : 08 Mac 2010
Ibu Bapa / Penjaga pelajar SMK Victoria Kuala Lumpur
Y. Bhg. Dato'/Datin/tuan/Puan,
PERTANDINGAN MERENTAS DESA SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak sekolah akan mengadakan Pertandingan Merentas Desa 2010. Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari tersebut.
3. Maklumat pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 12 Mac 2010 (Jumaat) Masa : 7.40 pagi Tempat : Taman Tasik Sri Permaisuri, Kuala Lumpur
4. Segala kerjasama dan tindakan pihak Y. Bhg. dato'/Datin?tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
MASLAN BIN BUNIRAN Pengetua SMK Victoria Kuala Lumpur
|
| Jemputan Ke Mari Bersama |
Rujukan Kami : VI/ Tarikh : 3 Mac 2010 Pengetua SMK Victoria, Jalan Hang Tuah 55200. Kuala Lumpur. YDP PIBG dan Semua AJK PIBG SMK Victoria Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, JEMPUTAN KE PROGRAM MARI KERJA BERSAMA Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah pada hari Sabtu, 6 Mac 2010. Aktiviti akan dimulakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari sejurus selepas tamat ujian pada pagi tersebut. 3. Dengan ini, pihak sekolah dengan besar hati ingin menjemput semua AJK PIBG untuk turut bersama menjayakan program tersebut. Semoga dengan kerjasama yang diberikan akan menambahkan lagi hubungan padu antara pihak sekolah dengan PIBG. Sekian, terima kasih. “MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ Saya Yang Menurut Perintah, (En Maslan Bin Muniran)
|
| Pengurusan Peperiksaan 2010 |
|
| KEPUTUSAN PMR 2009 |
Keputusan Peperiksaan PMR 2009 telah diumumkan pada 24 Disember 2009.
Seramai 52 orang pelajar SMK Victoria mendapat keputusan "Keseluruhan A". Jumlah calon Peperiksaan PMR 2009 sekolah ini ialah 193 orang. Pelajar yang mendapat keseluruhan A adalah seperti berikut
- AHMAD IZZUDDIN BIN ZAHIDI (3B)
- AMSYAR JAUHAR BIN AHMAD JAAFAR (3B)
- HARRIZAL RIZHAN BIN ABU HANIFAH (3B)
- JAMAL ARIF BIN JAMALUDIN (3B)
- LEONG NGAI MUN (3B)
- NG JIA YANG (3B)
- SHAVEIN KUMAR A/L DEV KUMAR (3B)
- ABDUL QAYUM BIN MD JAAFAR (3I)
- ABDULLAH AHZA BIN ABDUL JALIL (3I)
- DERIC CHONG RUI KIN (3I)
- NETIANANDAN A/L DINAKARAN (3I)
- PHANG JIAN JIE (3I)
- AHMAD SHUKRI AL-HILMI BIN AHMAD FARIS (3J)
- DOMINIC SYLVESTER A/L ANTHONY FENNANDEZ (3J)
- EDDIE SIEW TAAT SING (3J)
- KELVI N SIEW SHENQ WOEI (3J)
- LEKSHMAN RAJ A/L SELVAM (3J)
- MOHAMMED RAZZANE BIN MOHAMMED RAZIF (3J)
- MUHAMMAD AZWAN EFFENDI BIN RIZAL (3J)
- MUHAMMAD NAQIB SHAH BIN MD SAMLAN (3J)
- TEH U WYN (3J)
- ZULFADLY BIN OTHMAN THANI (3J)
- AMYRUL IKMAL HAZIQ BIN NOR AZMAN (3H)
- CHEAH YIZHE (3H)
- DARVEN RAAJ CHAN (3H)
- DHEVASHRII A/L LOGANATHAN (3H)
- EDWIN CHEON KA WAI (3H)
- LUQMAN HAKIM BIN MAT JUSOH (3H)
- MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMMAD AMIR (3H)
- MUHAMMAD DANIAL FIRDAUS BIN ABDUL HALIM (3H)
- NORSYAHIRI BIN MOHD (3H)
- OMAR BIN MAZLAN (3H)
- RAZIN AKMAL BIN RIZWAN (3H)
- SANJEVAKUMARRAN A/L ELILALAGAN (3H)
- BARATHAN JEEVARETANAM (3K)
- HARVIN A/L MAGEYNDREN (3K)
- MUHAMMAD ADIB BIN ABID (3K)
- MUHAMMAD AMIR BIN AZHAR (3K)
- RAIS BIN ABDUL RAZAK (3K)
- RISHVINDER SINGH A/L JAGJIT SINGH (3K)
- SATVINDAR SINGH A/L RINJIT SINGH (3K)
- ADIB BIN AZNAM (3M)
- ALVIN JEFFREY A/L ANTHONY (3M)
- LAI NAI LIANG JOEL (3M)
- MUHAMMAD FIRDAUS ASYRAF BIN SAINAN (3M)
- MUHAMMAD HAIKAL HAFI BIN HARUN (3M)
- NUR MUHAMMAD QAYYUM BIN ROSLI (3M)
- SEE JIT PING EUGENE (3M)
- SHAMEER BIN HISHAM (3M)
- WONG WEI JIE (3M)
- AHMAD NORHARIF BIN HAMIDON (3U)
- KELVIN DAVE SINGH SIDHU (3U)
|
| SURAT DARIPADA PUAN AZIZAH |
23 November 2009 Kepada
Semua warga VI-para guru,i bu bapa, para pelajar serta bekas pelajar, Assalamualaikum wbth.,salam hormat dan salam 1Malaysia
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih
Dimaklumkan, saya Puan Azizah binti Othman, Pengetua SMK Victoria/Victoria Institution akan bersara pada 9 Disember 2009.
Saya mula bertugas di VI pada 6 Jun 2007.Bermakna, saya telah menjalankan tugas sebagai Pengetua VI selama dua tahun enam bulan. Memulakan tugas di sekolah berprestij dan ternama ini merupakan satu tanggungjawab yang saya pikul, amanah daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.berpegang kepada pepatah, “Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung,” saya telah cuba melaksanakan tanggungjawab saya di VI demi memartabatkan sekolah ini sebagai institusi terbilang di samping berusaha mengembalikan kegemilangan VI seperti mana jua harapan setiap warga VI.
Sepanjang tempoh saya bertugas di VI,pelbagai peristiwa, cabaran yang saya lalui. Namun dengan adanya kerjasama erat daripada semua pihak yang berurusan dengan saya,termasuk pihak PIBG, BOG (Lembaga Pengelola Sekolah), VIOBA juga pihak ibu bapa maka segala perkara yang berlaku, dapat saya atasi dengan mudah.
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua pihak di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang perkhidmatan saya di VI.
Manakala, sekiranya sepanjang perkhidmatan saya, mungkin ada perkara-perkara yang timbul, menyebabkan timbul perasaan tersinggung, semasa berurusan dengan saya dari segi tutur kata,tindakan atau perbuatan, jutaan maaf saya pohonkan.
Akhir kata, VI tetap kekal dalam diri saya. Bersama-samalah memartabatkannya dengan penuh komitmen, agar VI tetap dan terus menjadi institusi yang sentiasa dikagumi. Hidup VI!!
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Puan Azizah Binti Othman AMN, Pengetua SMK Victoria,KL |
| CUTI DEEPAVALI 2009 |
Rujukan Kami : VI:01/04/015 Tarikh : 14 Oktober 2009
Semua Ibu bapa / Penjaga Pelajar SMK Victoria Kuala Lumpur
Dato' / datin / Tuan / PuanTuan,
PEMBERITAHUAN CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 16 Oktober 2009 (Jumaat) hingga 19 Oktober 2009 (Isnin) sempena perayaan Deepavali. Sekolah akan dibuka semula pada 20 Oktober 2009 (Selasa).
3. Sempena cuti sekolah itu juga, dato' / Datin / Tuan / Puan diharap dapat memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Pihak sekolah mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali dan Selamat Bercuti.
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
AZIZAH OTHMAN PENGETUA SMK VICTORIA KUALA LUMPUR
|
| Peranan PIBG |
There will be a Forum on "Peranan PIBG dan Tradisi di VI" on 24th October 2009 (Saturday) from 9 – 1230pm @ Dewan Warisan VI
Forum Topic: Peranan PIBG dan Tradisi di VI The role of PTA and Traditions in VI
Purpose: To create awareness on the role of PTA in schools To introduce the new officers of VI BOG & VIOBA To share the experience on how to be an excellence school To foster mutual relationship between the stakeholders of VI, the school administrators, PTA members, Victorians, the community, the education department and the old boys / alumnus
Tentative Program
830 - 900 am Registration 900 - 915 am introductory remark by VIP guest, Pengetua VI and Chairman of VI PTA 920 - 950 am Guest Speaker from MOE - Peranan PIBG 950 - 1020am Guest Speaker - former HM of VI and former DG of MOE - Excellence VI 1020-1050am Guest Speaker - Educationist - Education Excellence 1050-1145am Panelists from BOG, VIOBA and YDP PTA of VI - What is VI, Tradition in VI and 1 VI vision 1145-1215pm Q & A 1215-1230pm Brunch 1230pm End
Venue: Dewan Warisan SMK Victoria Admission fee: RM5 for Brunch Organizers of Forum: VI Teachers, Victorian Editorial Board, the Form Sixes and the Seladang Magazine Board
Please reserve your seat not later that 21 October 2009 (Wednesday), (Click here for a copy of the Reply Slip). To register, please contact:
Ms Eva or Sharon at 03-20723009 or email rrashah@yahoo.com
# the list of Guest Speakers / Panelists and their topics will be finalized one week before the forum date, pls check the Forum announcements for the latest changes.
Regards
Raja Amir Shah PTA Chairman
""We are made wise not by the recollection of our past, but by the responsibilities for our future,""
by George Bernard Shaw
|
| SolatHajat2009 |
Rujukan kami : VI: PAI/09/5 Tarikh : 17 September 2009
Ibu bapa/Penjaga yang dihormati,
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN (PMR,SPM DAN STPM)
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PMR, SPM dan STPM akan diadakan pada : Tarikh : 2 Oktober 2009 Hari : Jumaat Masa : 6.00 petang – 9.30 malam (Rujuk Atur cara) Tempat : Dewan Warisan SMK Victoria
3. Sehubungan dengan itu, Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis ini.
4. Di samping itu juga, pihak kami mengalu-alukan sumbangan daripada pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan bagi menjayakan majlis ini nanti.
5. Bersama-sama ini turut disertakan jawapan kehadiran. Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan dimohon mengembalikan surat jawapan kehadiran kepada pihak sekolah selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2009.
Kerjasama dan sokongan Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dalam menjayakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin PMR,SPM dan STPM.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
.................................................. (AZIZAH BT OTHMAN) Pengetua SMK Victoria |
| Buku Kokurikulum |
VI:05/01 10 September 2008
Guru Kelas , Guru Penasihat Lembaga/Badan Beruniform/Persatuan/Kelab/Sukan, Dan Semua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Kuala Lumpur
Tuan/Puan, MENGEMAS KINI DAN MENGHANTAR BUKU REKOD KOKURIKULUM PELAJAR SERTA FAIL BADAN BERUNIFORM, LEMBAGA, PERSATUAN DAN KELAB
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu semua pelajar diingatkan dengan dibantu oleh guru penasihat dan guru kelas perlu mengemas kini buku kokurikulum dan sistem fail.
3. Buku kokurikulm yang telah dikemas kini hendaklah diserahkan kepada En Mohd Salahuddin Bin Mohamed Nawi / Penolong Kanan Kokurikulum pada tarikh seperti berikut:
i. Pelajar Tingkatan 5 pada 15 Oktober 2009 ii. Pelajar Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada 30 Oktober 2009 iii. Sistem fail Badan Beruniform/Lembaga/Persatuan/Kelab pada 30 Oktober 2009
4. Pelajar Tingkatan 5 diingatkan,kegagalan menghantar buku kokurikulum akan menyebabkan anda tidak diberi markah dan Sijil Penglibatan Kokurikulum. Untuk pengetahuan markah kokurikulum akan dihantar atau "On Line" terus kepada Kementarian Pelajaran Malaysia.
5. Segala kerjasama dan tindakan tuan dan puan diucapkan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
AZIZAH BINTI OTHMAN Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria |
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
| Member Poll |
Portal ini .......
Menarik
0% [0 Votes]
Berinformasi
0% [0 Votes]
Perlu dipelbagaikan
100% [1 Vote]
Votes: 1
Started: 04/09/2007 22:03
Ended: 28/09/2007 16:54
|
| Shoutbox |
You must login to post a message.
|
|